NASI DAGANG EKSPRES HABANG STAIL🍛🐟🥒🍍🥕🍅
(3 jenis beras😄)
BAHAN NASI DAGANG
2 cawan beras basmathi *rendam semalaman sebaiknya
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
*Boleh juga kalau nak kurangkan/lebihkan
Halia dihiris *jumlah ikutlah selera
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa secukupnya
*Ikut jumlah cawan beras 
*kalau nampak nasi macam kurang masak boleh je tambahkan santan kelapa.
CARANYA
1.Basuh semua beras,masukkan semua ke dalam periuk.
2.Campurkan 1 kotak santan dgn air.Sukat santan ikut jumlah beras dan kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.*Saya lebihkan sedikit santan biar berminyak/berkilat sedikit nasi dagang.
3.Masukkan hirisan bawang dan halia serta ketumbar.Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL(ikan tongkol ayer hitam)
1 ekor ikan tongkol,dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam.Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap🌹mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap🌹mawar
1 btg kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan *ikut selera
Cili kisar ikut tahap kepedasan masing-masing
Bawang besar,halia dan bawang putih dikisar
Lengkuas dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya 
Sedikit kerisik *saya suka lebihkan
Garam secukup rasa
Minyak masak 
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus
CARANYA
1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak.Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
2.Masukkan semua rempah,gaul rata.Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan.Biarkan sampai mendidih.
3.Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan.Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka,tomato/belimbing buluh dan cili.Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak.*Paling sedap biarkan gulai semalaman atau beberapa jam untuk mendapatkan kuah yg lebih sedap dan cantik. 
ACAR 
Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
❤️ Niatlah memasak kerana Allah ta'ala,in sha Allah dipermudahkan,beroleh keberkatan memberi orang makan dengan ikhlas.Pahala dapat,nasi dagang pun dapat.